"بيني وبينك"

"بيني وبينك"

Saturday, 17 April 2010

Sembang TAPI..... Bergosip




Setuasi pertama:

“ leha oi…, ko nak tau tak ila tu tak pandai masak, mcm mana lah nak jaga suami?” berkata fatty dengan suara dan perangai gedik nya. “ esh ko nie fatty, tak baik nak mengatakan orang, tak baik… ko belum tengok dia betul-betul, aku tgk dia ok jew..” leha menempis kata-kata fatty….

Setuasi kedua:

Di warung pak mail, sekumpulan sahabat berbincang tentang perkerjaan yg mereka lalui, lalu usop membuka ceritanya yg tidak berfaedah dan penuh dengan sia-sia apabila seorg dari sekumpulan sahabat menanyakan “apa perkerjaan amin?” usop dengan muka yg kurang baik berkata “ guru agama jerw…. tp selalu kena buli oleh bini dia bila aku tgk dia jemur kain dan cuci pinggan, itukan perkerjaan wanita, apa org kata mcm “takut bini” hahahaha…. Belajar jerw kat luar tanah arab~” mengata-gata dgn senyum sinis.


Perkara sebegini sudah menjadi asam garam dalam masyarakat kita, iaitu menyampaikan sikap buruk atau kelemahan seseorang kepada orang yang ketiga, atau kata lainnya kita namakan MENGUMPAT (ghibah). Suka kata sini suka kata sana, hanya kerana mulut boleh membawa keburukan diri kita yg suka sangat mengata-gata bukan hanya sahaja padangan sekililing masyarakat yg memandang serong pada kita, tp Allah tidak menyukai hambanya yg suka mengumpat…

Firman Allah s.w.t didalam surah al-Hujurat ayat 12:

وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

”dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

Asbabul nuzul atau sebab-sebab penurunan ayat, ayat ini berhubung dengan sahabat baginda s.a.w, Salman al-Farisi radiallahuanhu. Ianya disebabkan sewaktu beliau nyenyak tidur, beliau berdengkur dengan kuat. Lalu perkara ini menjadi bualan oleh sahabat lain yang mendengar. Kerana merasa malu, Salman berjumpa Rasulullah s.a.w dan mengadu kepadanya. Lalu turunlah ayat di atas.

Selain itu, baginda s.a.w juga menasihatkan para sahabat dari terus mencerca Abu Jahal. Sepertimana yang kita sudah maklum tentang kezaliman Abu Jahal ini, beliau sering menyekat dakwah baginda s.a.w dan mengenai bagaimana beliau menyiksa kaum muslimin di Makkah. Bahkan beliaulah yang paling memusuhi Islam. Namun baginda s.a.w tidak membenarkan dari beliau terus dicaci. Mengapa? Hal ini disebabkan anaknya, Ikramah telah pun memeluk Islam. Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menjaga hubungan sesama manusia dan pentingnya menjaga hubungan sesama muslim.

Subahanallah begitu indahnya Islam apabila Rasulullah mengajar kita supaya menjaga keaiban orang. Bukankah Islam menganjurkan kita agar saling sayang-menyayangi sesama muslim?

عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas, Nabi sallallahu alaih wasallam bersabda “ Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”

Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim untuk merahsiakan apabila kita mengetahui keaiban orang lain. Jika penganut kristian, mereka disuruh menceritakan dosa yang dilakukan kepada paderi bagi membersihkan dosa atau bertaubat, namun Islam tidak membenarkan seorang muslim menceritakan atau membuka keaibannya sendiri kepada orang lain, hatta dosa-dosanya yang sudah lalu. Apatah lagi jika orang lain yang menceritakan keaiban saudaranya.

Namun sebaiknya kita memilih jalan yang selamat, iaitu kita berdiam diri dan mengelak dari bercakap atau mencari-cari kelemahan orang lain bagi mengelak fitnah ke atas diri kita.



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya”

oleh itu, kita sebagai org muslim tanamkan sifat yg baik dan sentiasa bertolak ansur dalam perhubungan kita tidak kira muda atau tua. hinarilah dari sifat " husnu zon" yg bermaksud buruk sangka. saya nak peringatkan diri saya dan jgk kengkawan saya. Saling bantu membantu untuk menaikan tiang ukhwah islam. wallahu a'lam

rujukan: dari blog sahabat saya...

No comments:

Post a Comment