"بيني وبينك"

"بيني وبينك"

Sunday, 18 April 2010

DaH CaNtIK TaPI....


Apabila Izzul dan Aizat hendak ke Bazzar untuk membeli juadah berbuka puasa pada bulan yg penuh dengan kemuliaan dan keberkatan iaitu Bulan Ramadhan. Apabila tiba d sebuah gerai "mai sini" keinginan Aizat hendak memakan murtabak jawa dan ketika itu pulak izzul pergi ke gerai lain untuk membeli air tebu yg terlazat di bazar tersebut. Ada seorang muslimah yg berada sesebelah kiri aizat yg aizat tidak perasan. Lalu dompet muslimah jatuh ke tanah walaupun muslimah itu tersebut tidak menyedari tetapi Aizat sedar akan jatuh dompet muslimah, aizat mengambil dompet berkenaan dan memberikan dompet itu kepada muslimah.

“Assalamualaikum saudari… dompet saudari jatuh, nah…ini dia, eh????” Aizat terus terkejut didalam hatinya bila melihat muslimah yg berada disebelah aizat yang sedang bertentangan mata kerana muslimah itu adalah kawan dahulu semasa sekolah menengah.Persoalannya knp Aizat terkejut melihat muslimah berkenaan????

Selepas selesainya solat sunat terawih, izzul dan aizat rehat d rumah dan aizat menceritakan kpd izzul kerana minda aizat sentiasa bermain d fikiran nya. “subahanallah…. zul, aku nampak aini di bazaar tadi, dia sekarang dah pakai tudung, labuh lagi tu.. permakaian dia pun dah mcm ustazah dah, manisnya lihat aini pakai tudung. Rasa terpikat aku tengok dia. Dia bukan mcm dulu lagi…” izzul tersenyum dan berkata “syukur pada Allah… kerana Allah berikan dia hidayah”

Itulah sedikit petikan cerita yg mampu saya karang. Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud : “Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda : 2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Apa yg kita lihat pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang. Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Apa yg kita lihat sekarang bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh.

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)

masyaallah, semua org mahukan masuk syurga dan menikmati nikmat yg Allah berikan kepada kita. Apa yg kita lihat dunia skrg. Beberapa ramai sudah wanita yang memiliki kesempurnaan dan kecantikkan pada pandangan diri mereka dan pandangan masyarakat tetapi lebur dalam arus keduniaan. Hanya mengejarkan kemegahan pada kecantikan yg sementara. kecantikan pada seorg wanita bukan pada paras ataupun rupa tp kencantikan itu tesemat pada nilai Akhlak murni dan akhlak itulah yg terletak pada Agamanya.

wanita yg solehah

Wanita solehah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t apa dia miliki pada dirinya sendiri. Tidak kira pada kecantikan, keturunan ataupun kekayaan tetapi bagi wanita solahah cantik pada Agamanya dan kaya pada amalannya. Alangkah indahnya seorang wanita itu apabila ia memiliki hati dan budi yang begitu mulia dan indahnya, bukan sekadar hanya cantik pada rupanya. Dari segi akhlak yang indah cukup penuh pada kesempurnaan sudah memadai pada fizikalnya.

"Ohh, betapa anggunnya saat wanita ini menjadi kepunyaan hati seorang lelaki, ia mempunyai dua kelebihan diri yang diidam-idamkan oleh semua manusia....." luahan dari sahabat saya.

walau apapun, bah kata org putih "WHEN YOU WANT TO BUY THE BOOK, DONT LOOK THE BEUTIFUL COVER ONLY, BUT LOOK INSIDE THE BOOK."

No comments:

Post a Comment