"بيني وبينك"

"بيني وبينك"

Tuesday, 31 August 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, 12 August 2010

Lelaki & Wanita Pujaan!


Perasaan adalah suatu anugerah ilahi yang dianugerahkan ke atas manusia, lazimnya fitrah manusia itu adalah kepada kebaikan , kecantikan dan perkara2 yang baik , walaupun dilihat mempunyai perwatakan yang tidak baik ataupun persekitaran yang belum tentu baik..namun fitrah manusia tetap ke arah kebaikan

Dan tiada suatu yang menghairankan jika manusia menjadikan sesuatu yang baik itu sebagai satu idola, sebagai satu ikutan dan berharap semoga kebaikan di suatu pihak dapat membimbingnya untuk dia juga menjadi baik seperti itu.

Naluri itu bermula dari benak hati yang tidak dapat dilihat dan apabila naluri itu muncul...maka jiwa akan meronta untuk bersama-sama kebaikan.Tiada satupun zarah kebaikan yang tidak diimpikan oleh lelaki dan wanita.

Kehadiran lelaki dan wanita yang sentiasa menunjukkan jalan kebaikan di dalam alam maya ini (sosial network) kini bercambah menjadikan suasana ke arah kebaikan menjadi lebih meriah.Walau apa pun niatnya , percubaan untuk mendidik insan jutaan insan marhaein adalah satu percubaan yang amat murni sekali dan semestinnya diraikan.

Namun mengapa mereka yang menjadi pujaan?..iya benar sebagai idola..tetapi tidaklah idola itu yang menjadikan syarat agar mereka menjadi pujaan.Malah untuk apa mereka dipuja sedemikian rupa.

Janganlah pernah kita memuja selain daripada Allah, benar kita jadikan lelaki dan wanita itu, yang menyeru ke arah kebaikan dengan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah sebagai satu rujukan tetapi janganlah sekali2 kita memuja mereka hingga lupa bahawa ayat2 itu dipinjamkan kepada manusia sekadar untuk mengislahkan diri dan menyeru manusia lain ke arah kabaikan.

Selepas daripada itu , jika benar kita tidak memuja mereka selain dari memuja Allah dan Rasulullah..ingin kita mendekati insan-insan ini..ingin kita kenal siapa dirinya...ingin kita hampirinya dengan niat agar insan-insan ini menjadi sahabat yang boleh memberikan rujukan dan panduan hidup sesuai dengan ilmu-ilmu ke arah kebaikan yang sentiasa dititipkan di laman sesawang ini....

Dekatilah mereka ini dengan pemujaan kepada Allah, dengan menunaikan solat hajat dahulu..dengan berzikir dahulu , dengan sentiasa mengingati Allah dahulu..malah tidak keterlaluan jika kita isythikarah dahulu , supaya penyerahan jiwa kita selayaknya hanya untuk Allah..

Sesunguhnya Allah itu maha Adil , Allah Maha sebaik-baik perancangan ,Allah Maha Pengasih dan Penyayang

Tidak menjadi suatu kesalahan menjadikan mereka yang menyeru ke arah kabaikan sabagai satu dasar rujukan ..sebagai satu sandaran agar kita juga menjadi seperti mereka, Namun janganlah kita menjadikan mereka tempat kita memaut perasaan dengan menyatakan kelebihan mereka itu sehingga lupa bahawa segala setiap zarah yang berterbangan adalah milik Allah S.W.T

Adalah sebenarnya sebahagian daripada mereka ini (yang selalu menyeru ke arah kebaikan) tidak ingin dipuja lansung..malah mereka sentiasa menghinakan diri dihadapan Allah...sentiasa berasa tidak cukup dengan ilmu yang ada..dan jauh sekali niat mereka meyeru ke arah kebaikan untuk memikat hati lelaki dan wanita agar mereka menjadi pujaan!(Nau'zubilllahiminzalik)

Muhasabah untuk diri ana sendiri dan peringatilah ana, janganlah ada sahabat2 memandang ana sebagai satu sandaran yang melebihi sepatutnya.Ana tidak ingin dikenali oleh manusia,,siapa sebenarnya diri ini...diri ini adalah pembawa nama seperti yang kalian lihat di profil...kenalilah nama tersebut dan ikutilah nama tersebut selagi nama itu tidak mendatangkan kemudharatan kepada kalian...

Ana adalah pengutip ilmu-ilmu yang tercicir di sepanjang perjalanan musafir...kita di alam maya juga bermusafir..apatah lagi bermusafir secara realiti...satu ilmu yang dapat dimanfaatkan hari ini menjadi penanda semakin banyak ilmu yang masih belum dapat dimanfaatkan.

Dan untuk Lelaki dan Wanita Pujaan....Seseunguhnya segala puji-pujian itu hanyalah milik Allah S.W. T dan bersalawatlah keatas Rasul Khatamul Anbiya' Rasulullah S.A.W ..Walllahu'alam

Pengajaran Surah Al-Hujurat Untuk diri Ana , Adik - beradik , Keluarga Terdekat , Saudara Mara , Sahabat-sahabat , Jiran Tetangga , Ahli Kariah , Komuniti Masyarakat , seluruhnya Muslimin dan muslimat.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Ayat ke -13)

Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Ayat ke14)

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (ayat ke-15)

Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ‘)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (ayat ke-16)